Sunday 6 January 2013

Kebinasaan yang ke lima

بسم الله الرحمن الرحيم

Tazkirah malam hari bagi nasihat diri ku yang serba kekurangan ini.


Kitab Sirus Salikin juzuk ketiga.


Bab: kebinasaan yang kelima itu iaitu berkelahi dan berbantah2 dan iaitu di cela oleh Syara' dan lagi haram.

Kata Imam al ghazali rahimahullah taala:

وهى ايضا مذمومة وهى ان تخاصم انسانا لتستوفى منه حقا او مالا

Ertinya iaitu yang dicela pula oleh syara' dan iaitu bahawa engkau berkelahi akan manusia kerana engkau tuntut daripadanya menyempurnakan akan hak mu atau kerana engkau menuntut akan harta kerana Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم 

ان ابعض الرجال الى الله الالد الخصم

Ertinya bermula yang terlebih benci seorang lelaki kepada Allah taala itu iaitu orang yang sangat kuat berkelahi dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وسلم

من جادل فى خصومة بعير علم لم يزل فى سخط الله حتى يرجع

Ertinya barang siapa mujadalah/berbantah2 di dalam perkelahian dengan tiada ilmu nescaya sentiasa ia di dalam murka Allah taala hingga kembali ia daripada perkelahiannya kepada berdamai.

 

Semoga Allah melimpahkan taufik dan hidayahnya kepada diri ku dan sekelian orang islam. Aminnnnn

Saturday 5 January 2013

MUTAKABBIR

MUTAKABBIR: MELIHAT DIRINYA LEBIH MULIA DARIPADA BARANG YANG DIJADIKAN ALLAH TAALA

Kitab Bidayah Al-Hidayah
Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Taala

Dan sayugianya kamu iktiqadkan dirimu itu hina dari sekalian makhluk Allah taala, dan hendaklah kamu lihat seseorang itu terlebih mulia darimu.
maka jika kamu lihat akan anak-anak kecil, maka kata oleh hatimu:
'Bahawa anak ini tiada ia berbuat maksiat akan Allah Taala dan aku berbuat maksiat akan Allah Taala, maka tidak syak lagi anak ini lebih mulia dariku'.
maka jika kamu lihat akan orang yang lebih tua darimu, maka kata oleh hatimu:
'Bahawa orang ini berbuat ibadat kepada Allah Taala lebih dulu dariku, maka tidak syak lagi ia lebih mulia dariku'.
maka jika kamu lihat akan orang yang alim, maka kata oleh hatimu:
'Bahawa orang ini telah diberi oleh Allah Taala ilmu yang tiada diberi akan daku, dan sampai padanya ilmu yang tiada aku ketahui akan dia, maka tidak syak lagi mereka lebih mulia dariku'.
maka jika kamu lihat akan orang yang jahil, maka kata oleh hatimu:
'Bahawa orang ini berbuat maksiat akan Allah Taala dengan jahilnya (ketidak tahuannya) dan barangkali ia bertaubat memohon ampun dari Allah dosanya ia mati dalam kebajikan dan aku berbuat maksiat akan Allah dengan ada ilmuku, maka tidak syak lagi aku terlebih salah dan terlebih jahat dan tiada diketahui dengan apa ku dimatikan barangkali aku berbuat maksiat, maka mati aku dalam kejahatan'.
maka jika kamu lihat akan orang kafir, maka kata oleh hatimu:
'Bahawa orang ini tiada mengetahui sebagaimana aku ketahui akan Dia. Tiadalah aku ketahui akan perihal dia. mudah-mudahan ia masuk islam maka mati ia dalam islam, maka ia diampun Allah Taala segala dosanya maka mendapat bahagia dirinya'.
"Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu),
maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya,
dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"
(Az-Zumar 39:59)
Dan pada hari kiamat,
engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) – muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?
(Az-Zumar 39:60)
Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.
(Az-Zumar 39:61)
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
(Az-Zumar 39:62)
Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu,
mereka itulah orang-orang yang paling rugi.
(Az-Zumar 39:63)

semoga Allah buang sifat takabbur dalam diri ku... Aminnnn

KEBINASAAN MENCELA PERKATAAN ORANG LAIN.

KEBINASAAN MENCELA PERKATAAN ORANG LAIN.

kitab Sirus salikin juzuk ke3....


Bab kebinasaan yang keempat iaitu Mira iaitu mencelakan perkataan orang lain dan munkarkan dia dan mujadalah yakni membantahi akan perkataan orang dengan dalil supaya menang dan supaya alah orang itu dan yang demikian itu haram yang ditegahkan dia oleh syara seperti sabda Nabi saw ;
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لا تُمَارِ أَخَاكَ وَلا تُمَازِحْهُ ، وَلا تَعِدْهُ مَوْعِدًا فَتُخْلِفَهُ " .
Drpd Ibni Abbas : bersabda Nabi saw " jangan engkau celakan perkataan saudara mu dan jangan engkau mungkarkan akan dia dan jangan engkau persenda2kan dia dan jangan engkau berjanji akan dia akan sesuatu janji maka engkau menyalahi akan janji itu"..
Disebut hadis ini oleh Imam Bukhari dalam kitab Adab Mufrad hadis 389.
Dan lagi sabda nabi saw :
من ترك المراء وهو محق بني الله له في اعلى الجنة و من تركه وهو مبطل بني الله له بيت في ربض الجنة
Drpd Abi Umamah berkata ia, telah bersabda Nabi saw: Barang siapa meninggalkan mencela perkataan manusia dan tiada membantahi ia akan dia pada hal ia benar nescaya memperbuat Allah baginya akan rumah di atas Surga dan barang siapa meninggalkan mencala perkataan manusia dan ia meninggalkan membantahi akan dia pada hal ia tiada benar nescaya memperbuat Allah baginya akan rumah di tepi syurga.
Hadith di riwayat oleh Abi Daud dalam sunannya hadith 4170 dan Imam tarmizi dan berlata ia ini hadith hasan dan lain keduanya.
Kata Imam al gahzali : makna Mira itu iaitu membantahi perkataan orang lain dengan sebab menyatakan cedara di dalamnya, ada kalnya cedera pada lafaz da nada kalanya pada makna da nada kalanya cedera pada qasad orang yang berkata itu serta mengqasadkan menghinakan orang itu dan serta menunjukkan kelebihannya atas orang yang lain itu.
Dan yang demikian itu haram lagi dicela oleh syara kemudian kata Imam Al Ghazali:
Meninggalkan mira' itu iaitu dengan meninggalkan akan menegur perkataan orang lain dan meninggalkan akan membantahi akan perkataan orang lain.
Maka tiap2 perkataan yang engkau dengarkan dia maka jikalau ada perkataan itu benar maka sayugia engkau benarkan dia dan jikalau ada perkataan itu bathil dan tiada takluk ia dengan pekerjaan agama maka sayugianya engkau diam daripadanya.

dengan Taufik dan Hidayah Mu Allah aku dapat mengenali kajahilan diri ini..

GHURUR: TERPEDAYA ATAU TERTIPU

GHURUR: TERPEDAYA ATAU TERTIPU

Kitab Siyarus Salikin juz3
Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembani

Hakikat Ghurur: iaitu seseorang menyangka baik sesuatu yang kelihatan baik, sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan sangkaannya.

Firman Allah:
"Janganlah kehidupan dunia itu memperdayakan kamu dan janganlah perasaan ghurur itu memperdayakan kamu terhadap Allah Taala." -Surah Luqman ayat 33.

Barangsiapa yang beriktiqad dirinya beroleh kebajikan beerti ia telah terpedaya. Yang lebih terpedaya lagi ialah orang kafir, orang yang melakukan maksiat dan orang fasik kerana menyangka diri mereka berada di dalam kebajikan dan mereka lupa akan kejahatan diri mereka.

Orang yang terpedaya dengan Ghurur itu banyak dan terdiri daripada empat golongan:

1. PARA ULAMA

Kata imam Malik r.a:
"Barangsiapa menuntut ilmu Feqah yang Zahir dan tidak menuntut ilmu Tasawuf yang batin maka sesungguhnya ia menjadi Fasik."

Imam Ghazali rahimahullahu taala telah menyebut di dalam Kitab Ihya Ulumuddin di dalam bab ini secara terperinci mengenai ulama2 yang terpedaya dan tertipu.

Barangsiapa yang tidak mengetahui akan Ilmu yang mengetahui tentang keaiban dirinya iaitulah Ilmu Tasawuf yang batin atau mengetahui akan keaiban diri tetapi tidak pula bersungguh-sungguh menghapuskan keaiban diri yang di dalam batin, maka ia adalah seorang yang terpedaya.

2. GOLONGAN YANG BERIBADAT

Berbuat ibadat yang zahir seperti solat, puasa, berzakat, bersedeqah, menunaikan haji, membaca quran dan sebagainya sedangkan ia tidak membersihkan hatinya daripada maksiat-maksiat yang batin seperti riya', ujub, sum'ah, kibir, hasad dengki, dan lain-lain lagi, maka ia telah terpedaya kerana ibadat yang zahir itu sahnya bergantung kepada pemulihan hati daripada sifat-sifat jahat yang ada di dalamnya.

Diantara orang yang terpedaya di dalam ibadat ialah orang-orang yang mensia-sia ibadat-ibadat yang difardhukan ke atasnya tetapi bersungguh-sungguh membanyakkan perkara-perkara sunat dan syarat-syaratnya.

3. AHLI-AHLI SUFI DAN ORANG-ORANG YANG BELAJAR ILMU TASAWUF.
(Ash-Shufiyah wal-Mutashawwifah)

Antara sufi yang terpedaya itu lagi ialah orang yang belajar ilmu Hakikat seperti martabat tujuh dan segala yang ada kaitan dengannya tetapi tidak mempelajari Ilmu Syariat iaitu ilmu Ushuluddin dan ilmu Feqah, seperti mana kata Imam Malik r.a:

"Barangsiapa yang mempelajari ilmu Tasawuf (yang membicarakan mengenai ilmu Hakikat) dan tidak mempelajari ilmu Feqah dan ilmu Ushuluddin, maka sesungguhnya ia menjadi Zindiq." ( Zindik ini sama dengan Munafik)

Sementara orang yang mempelajari ilmu Syariat yang zahir iaitu ilmu Ushuluddin dan ilmu Feqah beserta dengan mempelajari ilmu Tasawuf dan bersungguh-sungguh mengikutinya iaitu bersungguh-sungguh mengamalkannya, ia memperolehi ilmu Hakikat iaitu ilmu Ma'rifatullahi Taala dengan sebenar-benar makrifat. Orang seperti ini tidak terpedaya, seperti mana kata imam Malik r.a:

"Barangsiapa menghimpunkan kedua-dua ilmu Feqah dan ilmu Tasawuf dengan mempelajari kedua-duanya maka sesungguhnya ia telah memperolehi ilmu Hakikat (iaitu ilmu Ma'rifatullahi Taala secara yakin dan muktamad."

Maulana As-Saiyid Abdullah Al-'Aidarus r.a berkata:
"Hendaklah kamu wahai saudara-saudaraku,
mengikuti Al-Kitab iaitu Al-Quran dan mengikuti As-Sunnah atau Hadits nabi s.a.w iaitu Ilmu Syariat yang disyarahkan dalam kitab-kitab Imam Ghazali terutama yang terdapat dalam Kitabut Zikril-Maut, Kitabil-Faqri, Kitabut-Taubati dan Kitabu Riyadhatin-Nafsi, yang mana semuanya itu tersebut di dalam kitab Ihya Ulumiddin."

"Kitab Ihya Ulumiddin di dalamnya terdapat rahsia ilmu Syariat dan ilmu Thariqat. Kitab Bidayatul Hidayah di dalamnya terdapat ilmu Taqwa iaitu ilmu yang membawa kepada ketaqwaan terhadap Allah Taala. Kitab Al-Arba'in Fi Ushuluddin di dalamnya terdapat keterangan mengenai jalan yang lurus. Kitab Minhajul Abidin di dalamnya terdapat jalan yang menyampaikan kepada Allah dan Kitab Al-Khulashah Fil-Fiqhi di dalamnya terdapat ilmu dan amalan yang menerangi hati."

4. MEREKA YANG PUNYAI HARTA DAN MEMBELANJAKANNYA

Mereka yang mempunyai harta dan membelanjakannya dalam kerja-kerja kebajikan dengan disertai Riya' (menunjuk-nunjuk) atau Ujub' (berbangga diri) atau Sum'ah atau kerana mahukan kemegahan atau mencari kemashuran dan supaya manusia menyebutnya sebagai pemurah hati yang mahukan pujian.

Diantaranya:
a. menyumbangkan harta untuk kerja kebajikan dari harta diperolehi secara haram seperti merampas atau menganiaya atau menipu harta orang sedangkan ia tamakkan mendapat pahalanya atau tamakkan dosanya diampuni.
b. Jika kerja-kerja kebajikan itu tanpa dituliskan nama mereka sebagai pihak yang mengeluarkan belanja nescaya enggan menyumbangkan harta itu.-ini riya' atau sum'ah.
c. memberi harta untuk dibelanja menghiasi masjid atau madrasah daripada dibelanja untuk faqir miskin atau selainnya yang memerlukan kepada perbelanjaan untuk hidup di kawasannya.
d. Hiasan-hisan di masjid atau di madrasah itu mengganggu hati orang-orang yang solat.

Nota:
Maksud Syariat yang zahir ialah ilmu Ushuluddin dan ilmu Feqah.
Maksud ilmu Syariat yang batin iailah ilmu Tasawuf.
Ilmu Tasawuf iaitu ilmu Thariqat dan ilmu Hakikat.

Orang yang mengikuti jalan ilmu Tasawuf yang mengandungi ilmu Syariat yang zahir dan ilmu Syariat yang batin dinamakan Shufi yang Muhaqqiq.

semoga Allah memberi Taufik dan hidayahnya kepada diri ku yang serba daif ini. Aminnnnnn